Tanggung rugi besar, peniaga tutup operasi akibat banjir

Chin Kok ketika membersihkan premis selepas banjir surut di bandar Mentakab baru-baru ini.
Chin Kok ketika membersihkan premis selepas banjir surut di bandar Mentakab baru-baru ini.
A
A
A

TEMERLOH - Tragedi banjir besar yang melanda di Mentakab lebih sebulan lalu menyebabkan seorang peniaga aksesori telefon bimbit terpaksa menutup terus operasi perniagaannya walaupun keadaan sudah pulih sepenuhnya.

Soh Chin Kok, 35 menanggung jumlah kerugian hingga puluhan ribu selepas barangan dan stok perniagaannya musnah akibat bencana alam tersebut.

"Nampak gayanya memang saya terpaksa menutup terus perniagaan selepas menanggung jumlah kerugian yang besar kali ini.

"Sayang memang sayang sebab terpaksa tutup tapi saya sudah tidak mampu meneruskan operasi lagi," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Keadaan di dalam premis menyebabkan barangan dan stok perniagaan Chin Kok musnah akibat banjir.
Keadaan di dalam premis menyebabkan barangan dan stok perniagaan Chin Kok musnah akibat banjir.

Tambahnya, sebelum tragedi banjir itu berlaku, dia sebenarnya ingin menyewa premis lain untuk dijadikan stor barangan perniagaannya.

"Saya bercadang untuk berniaga dalam talian kerana pandemik Covid-19 banyak menjejaskan punca pendapatan.

"Namun tidak sempat saya mendapat lokasi baharu, banjir pula berlaku," jelasnya lagi.

Artikel Berkaitan:

Sudah menjalankan perniagaan itu sejak enam tahun lalu, Chin Kok akui buntu dan tertekan dalam mencari sumber pendapatan lain untuk menanggung keluarganya.