Polis minta saksi tampil bantu siasatan kes pemandu samseng

Tangkap layar video pemandu kereta Proton Perdana berlagak samseng yang bertindak memotong barisan berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Setia Gemilang U13/45B, Ahad lalu.
Tangkap layar video pemandu kereta Proton Perdana berlagak samseng yang bertindak memotong barisan berhampiran persimpangan lampu isyarat Jalan Setia Gemilang U13/45B, Ahad lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis belum menerima laporan berkaitan video tular melibatkan seorang lelaki yang berlagak samseng di Jalan Setia Gemilang U13/45B di sini, Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pihaknya mengesan satu video tular melibatkan kejadian yang dimuat naik seorang pengguna Twitter.

"Kejadian tersebut didakwa berlaku di Jalan Setia Gemilang U13/45B Shah Alam, berhadapan Apartment Seri Mutiara yang menunjukkan tindakan pemandu kereta yang berlagak samseng dengan menghalang laluan kereta mangsa.

"Hasil semakan pihak polis mendapati sehingga kini tiada sebarang laporan dibuat oleh mana-mana pihak berhubung kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian berkenaan diharap tampil membuat laporan di balai polis berhampiran bagi membolehkan tindakan selanjutnya dapat dijalankan.

Pada Isnin,video pemandu kereta berlagak samseng yang sebelum itu bertindak memotong barisan berhampiran persimpangan lampu isyarat tular di Twitter.

Kejadian yang didakwa berlaku di Jalan Setia Gemilang U13/45B Shah Alam, berhadapan Apartment Seri Mutiara, di sini menunjukkan pemandu kereta terbabit mengejar kereta dan menghalang laluan kereta mangsa.

Artikel Berkaitan: