Perdana Menteri Pakistan doakan Tun M segera sembuh

Imran Khan
Imran Khan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Pakistan Imran Khan pada Rabu menzahirkan ucapan selamat dan doa bagi bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini menjalani rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

"Doa dan ucapan selamat saya titipkan kepada rakan saya Dr Mahathir Mohamad agar beliau cepat sembuh,” katanya menerusi ciapan di Twitternya.

Dr Mahathir, 96 dimasukkan ke IJN pada 7 Januari dan dibenarkan keluar pada 13 Januari selepas menjalani prosedur perubatan elektif pada 8 Januari. Bagaimanapun, beliau dimasukkan semula ke unit rawatan koronari (CCU) pada Sabtu.

Anak perempuan Dr Mahathir, Marina dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, kesihatan bapanya semakin pulih dan telah dipindahkan ke wad biasa. - Bernama

Artikel Berkaitan: