Rakyat Australia berhimpun tanda solidariti buat mangsa serangan NZ

Penduduk Australia berhimpun di Melbourne sebagai tanda solidariti buat mangsa serangan masjid di Christchurch.
Penduduk Australia berhimpun di Melbourne sebagai tanda solidariti buat mangsa serangan masjid di Christchurch.
A
A
A

MELBOURNE - AUSTRALIA. Ribuan penduduk Australia berhimpun di Melbourne bagi membantah peningkatan sentimen Islamofobia dan perkauman susulan serangan pengganas ke atas umat Islam di New Zealand.

Penunjuk perasaan berkumpul di Perpustakaan Victoria State semalam bagi menzahirkan solidariti bersama komuniti Islam yang menjadi mangsa serangan maut di dua buah masjid berasingan di Christchurch, Jumaat lalu.

Penganjur himpunan, Jasmine Ali berkata, sentimen Islamofobia dan perkauman menjadi penyumbang kepada tercetus serangan sedemikian.

"Sentimen kebencian yang tersebar menjadi punca kepada serangan," kata Mohammad Helmy, Setiausaha Majlis Islam Victoria yang juga antara peserta himpunan.

Himpunan tersebut merupakan antara himpunan seumpamanya yang diadakan di seluruh dunia menjelang Hari Antarabangsa untuk Penyingkiran Diskriminasi Perkauman.

Dalam pada itu, sebagai tanda solidariti, terhadap serangan di Masjid Al Noor dan Masjid Linwood yang meragut 49 nyawa, beberapa mercu tanda di Melbourne dinyalakan dengan warna bendera New Zealand. - BBC

Artikel Berkaitan: