Pensabotaj rancang siri serangan bersenjata di Ukraine tumpas

Sebahagian objek dan peralatan untuk melancarkan serangan dirampas daripada kedua-dua individu yang ditahan tersebut. - Foto Agensi
Sebahagian objek dan peralatan untuk melancarkan serangan dirampas daripada kedua-dua individu yang ditahan tersebut. - Foto Agensi
A
A
A

KIEV - Ukraine mendakwa ia berjaya menggagalkan rancangan pensabotaj dikawal Moscow yang merancang siri serangan bersenjata sebagai cubaan untuk menganggu kestabilan di negara itu.

Perkhidmatan Keselamatan SBU memaklumkan kumpulan lelaki itu dipercayai menyasarkan infrastruktur di bandar Kharkiv di sempadan timur Rusia dan bandar Zhytomyr di tengah Kiev malah siasatan awal mendapati rancangan mereka diselaraskan bersama perkhidmatan khas Rusia.

“Dua individu telah ditahan dan salah seorang daripada mereka adalah warga Rusia selain merampas alat letupan, senjata dan peluru. Duo itu juga menggunakan firma keselamatan untuk mengambil anggota baharu,” ujarnya lagi.

Sumber penguatkuasa undang-undang mendapati mereka adalah bekas komando yang berpengalaman dalam pertempuran dan merekrut warga Rusia yang pernah melakukan jenayah ganas.

Dalam perkembangan berkaitan, Amerika Syarikat (AS) turut memberi amaran kepada Belarus jika ia membantu sekutunya, Rusia melakukan pencerobohan ke atas Ukraine.

“Minsk bakal berdepan tindak balas yang tegas daripada Washington dan sekutu kami jika ia membenarkan wilayahnya digunakan untuk menyerang Kiev,” tegas jurucakap Jabatan Negara, Ned Price.

Menurutnya, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) juga mungkin terpaksa menilai semula kedudukan mereka di negara bersempadan Belarus apabila kempen pencerobohan itu dilancarkan dari Minsk dan jika pasukan tentera Rusia ditempatkan secara kekal di wilayah mereka. - AFP

Artikel Berkaitan: