Jerman rekod angka tertinggi kes Covid-19 sejak 24 jam lalu

Foto Reuters
Foto Reuters
A
A
A

MOSCOW - Jerman merekodkan 164,000 kes baharu akibat jangkitan Covid-19 sejak 24 jam lepas, lapor Sputnik.

Ia merupakan kadar jangkitan harian tertinggi dengan jumlah kumulatif melebihi 8 juta sejak wabak pandemik melanda.

Data Institut Robert Koch pada Rabu merekodkan bahawa jangkitan Covid-19 telah mencecah 164,000 kes dengan 166 kematian dalam tempoh 24 jam lalu.

Jumlah kes tertinggi kekal di wilayah Utara Rhine-Westphalia dan Bavaria, dengan masing-masing mencatatkan 37,470 dan 31,797 kes baharu.

Negara itu merekodkan angka tertinggi 140,160 kes positif Covid-19 pada 21 Januari.

Sementara itu, seramai 61.1 juta orang atau 73.5 peratus penduduknya telah lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, dengan sekurang-kurangnya 42.2 juta telah menerima suntikan penggalak.

SituasiCovid-19 kekal meruncing di seluruh Kesatuan Eropah, dengan purata 1.2 juta kes direkodkan setiap hari.

Kadar jangkitan tertinggi berlanjutan di Perancis, di mana lebih 500,000 kes dikesan pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Dianggarkan bahawa varian Omicron menyumbang kepada 91 peratus kes baharu di Perancis dan 57 peratus di Jerman. - Bernama