X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Covid-19: Tujuh sekolah di Johor ditutup

Foto hiasan
A
A

JOHOR BAHRU - Tujuh buah sekolah di Johor ditutup seminggu akibat penularan kes Covid-19.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Aman Rabu berkata, arahan penutupan sekolah itu dibuat mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988).

"Arahan penutupan bagi membolehkan siasatan dan kawalan dilakukan Pejabat Kesihatan Daerah serta mengenal pasti kontak rapat dengan segera," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Sementara itu, Exco Pendidikan, Penerangan, Warisan dan Budaya Negeri Johor, Mazlan Bujang berkata, tiga sekolah berkenaan melibatkan daerah Johor Bahru iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Nong Chik; SK Larkin 1 dan Kolej Vokasional Tanjung Puteri.

"SK Nong Chik ditutup bermula 17 hingga 27 Januari, melibatkan tiga murid dan dua guru positif manakala SK Larkin 1 ditutup bermula 22 hingga 28 Januari, melibatkan dua murid dan lima guru positif.

"KV Tanjung Puteri pula ditutup 21 hingga 27 Januari dengan empat murid positif," katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!