4,744 kes baharu hari ini

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Kes baharu positif Covid-19 terus mencatatkan peningkatan apabila 4,744 kes baharu dilaporkan pada Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan itu menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di negara ini adalah 2,844,969 kes.

"Daripada jumlah harian yang dilaporkan, terdapat 30 kes dikategorikan sebagai tiga dan lima manakala 4,714 lagi terdiri daripada kategori satu dan dua," katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, rakyat Malaysia terus mendominasi jangkitan kes import iaitu 289 orang dan 140 kes membabitkan warga asing.

"Bagi 4,315 kes penularan dalam negara, seramai 4,112 rakyat tempatan dijangkiti Covid-19 dan warga asing pula adalah 203 orang," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 129 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 72 pesakit memerlukan mesin bantuan pernafasan.

"Sebanyak 3,646 kes sembuh turut direkodkan menjadikan jumlah kumulatif 2,766,254 kes," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, Kementerian Kesihatan Malaysia juga mencatat 21 kluster baharu Covid-19.

Artikel Berkaitan:

"Jumlah keseluruhan kluster adalah 6,349 dan 6,090 daripadanya telah diisytiharkan tamat serta 259 masih lagi aktif," katanya.