Harga RON97 naik lima sen, RON95, diesel kekal

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Harga runcit petrol RON97 naik 5 sen seliter manakala RON95 dan diesel kekal bagi tempoh Khamis hingga 2 Februari ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan memaklumkan, harga runcit petrol RON97 naik daripada RM3.07 kepada RM3.12 seliter manakala RON95 dan diesel masing-masing kekal pada RM2.05 dan RM2.15 seliter.

Menurutnya, harga runcit produk petroleum secara mingguan itu mengikut formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

"Bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter, sungguhpun harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang ditetapkan," menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Artikel Berkaitan: