Sila log masuk terlebih dahulu.

1,494 kanak-kanak, remaja positif Covid-19 di Kedah

Sebanyak 1,494 kes positif Covid-19 dikesan di Kedah membabitkan kanak-kanak dan remaja berumur tujuh hingga 18 tahun sejak 1 Januari lalu sehingga Selasa. - Gambar hiasan Bernama (Gambar kecil: Dr Othman)
Sebanyak 1,494 kes positif Covid-19 dikesan di Kedah membabitkan kanak-kanak dan remaja berumur tujuh hingga 18 tahun sejak 1 Januari lalu sehingga Selasa. - Gambar hiasan Bernama (Gambar kecil: Dr Othman)
A
A
A

SUNGAI PETANI - Sebanyak 1,494 kes positif Covid-19 dikesan di Kedah membabitkan kanak-kanak dan remaja berumur tujuh hingga 18 tahun sejak 1 Januari lalu sehingga Selasa.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr Othman Warijo berkata, daripada jumlah itu, 915 kes atau 61.2 peratus masih menerima rawatan manakala selebihnya sudah sembuh.

"Satu kes dikesan berada pada kategori tiga manakala selebihnya terdiri dari kategori satu dan dua," katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beliau menjelaskan, tiada kes yang menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) atau membabitkan kematian, namun kesemua pesakit dilaporkan stabil.

Sementara itu, Othman berkata, secara keseluruhan, sebanyak 367 kes baharu dilaporkan di Kedah membabitkan kesemua peringkat umur sehingga 25 Januari.

"Kes baharu tertinggi dilaporkan di Daerah Kota Setar iaitu sebanyak 68 kes diikuti Kulim (61 kes), Kuala Muda (56 kes), Baling (47 kes) manakala Kubang Pasu 44 kes.

"Turut direkodkan sebanyak 26 kes di Pendang, Langkawi (25 kes), Yan (15 kes), Padang Terap (14 kes), enam kes di Bandar Baharu serta lima kes di Sik," katanya.

Artikel Berkaitan: