Bawangrians Malaysia ‘serang’ laman sosial ‘Eggboy’

Netizen Malaysia berjaya mencari Facebook Eggboy dan kini ribuan netizen ‘menyerang’ laman sosial Will Connolly. (Hampir 10,000 likes, lebih 19,000 komen dan hampir 900 perkongsian dalam salah satu posting dimuat naik lelaki tersebut.)
Netizen Malaysia berjaya mencari Facebook Eggboy dan kini ribuan netizen ‘menyerang’ laman sosial Will Connolly. (Hampir 10,000 likes, lebih 19,000 komen dan hampir 900 perkongsian dalam salah satu posting dimuat naik lelaki tersebut.)
A
A
A

SHAH ALAM - Kehebatan, kerjasama dan kesepaduan ‘bawangrians’ dari Malaysia memang tidak boleh disangkal lagi.

Semalam, ribuan netizen menghentam Senator Australia, Fraser Anning selepas beliau mengeluarkan kenyataan jelik berhubung kes tembakan di Christchurch, New Zealand.

Hari ini, tular pula video seorang lelaki memecahkan telur di kepala Senator tersebut ketika beliau sedang ditemubual wartawan.

Keberanian lelaki tersebut menjadi bualan dunia malah ada menggelarnya sebagai ‘Eggboy’ dan ternyata remaja berusia 17 tahun itu kini ‘trending’ di seluruh dunia.

Lebih hebat, netizen Malaysia berjaya mencari Facebook Eggboy dan kini ribuan netizen ‘menyerang’ laman sosial Will Connolly, lelaki dipercayai adalah Eggman berdasarkan gambar pemiliknya yang mirip remaja tersebut.

Begitupun, serangan kali ini berbeza kerana warganet menghamburkan pujian kepada remaja tersebut dan kebanyakannya mengatakan “Salam hormat dari Malaysia. Tahniah”

Tinjauan Sinar Harian mendapati setakat jam 11.15 malam tadi, hampir 10,000 likes, lebih 19,000 komen dan hampir 900 perkongsian dalam salah satu posting dimuat naik lelaki tersebut.

Begitupun, tidak dapat dipastikan samada Will Connolly benar-benar Eggboy kerana tiada hantaran terbaru darinya selepas kali terakhir melakukannya pada 21 Januari lepas.

Artikel Berkaitan:

Biarpun kesahihannya belum pasti namun ia tidak menghalang rakyat Malaysia menyerang Facebook lelaki tersebut.

Dengan itu, maka sahlah penulis boleh simpulkan satu perkara iaitu: “Jangan main-main dengan bawangrians Malaysia.”

Banyak kali sudah mereka buktikan dan kali ini, sekali lagi mereka menzahirkan bahawa mereka ‘bukan biasa-biasa’.