Polis nafi tiada tindakan terhadap pembuli jalan raya

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis menafikan pihaknya tidak mengambil tindakan berhubung kes mangsa samseng jalanan dalam kejadian di Jalan Ampang Kiri, Ampang pada Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik( JSPT) Kuala Lumpur Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, video berkaitan kejadian mangsa didakwa menjadi mangsa buli samseng jalanan itu tular di media sosial, Facebook.

"Pihak polis mengesan satu hantaran di Facebook berkaitan satu kejadian melibatkan kes di mana seorang lelaki mendakwa dibuli seorang penunggang motosikal.

"Kejadian berlaku kira-kira jam 5.04 petang di Jalan Ampang Kiri, Ampang, Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Katanya, susulan kejadian itu, mangsa kemudian tampil membuat dua laporan polis.

"Bagaimanapun mangsa mendakwa tiada tindakan diambil berkaitan kejadian," katanya.

Tegasnya, pihak polis segera mengambil tindakan selepas menerima laporan daripada mangsa.

"Suspek terbabit sudah disaman atas beberapa kesalahan trafik, antaranya melibatkan tiada nombor pendaftaran, cukai jalan tamat tempoh, tiada perlindungan insurans dan tidak memakai topi keledar," katanya.

Artikel Berkaitan: