Ajinomoto Co. penaja rasmi Sukan SEA ke-31

Rangkaian produk Ajinomoto.
Rangkaian produk Ajinomoto.
A
A
A

AJINOMOTO Co. Inc. (Ajinomoto Co.) telah menandatangani persetujuan pada Selasa sebagai penaja rasmi Sukan Asia Tenggara ke-31 (Sukan SEA) yang akan diadakan di Vietnam pada Mei 2022.

Ajinomoto Co dalam satu kenyataan berkata, syarikat akan memberikan sokongan selaku penaja utama bagi kedudukan tertinggi Sukan SEA.

“Sukan SEA dianjurkan secara dwitahunan bagi membina kerjasama serantau, persefahaman dan perpaduan yang kukuh dalam kalangan masyarakat Asia Tenggara. Pada acara tahun ini di Vietnam, Ajinomoto Co. akan menjadi penaja utama bagi kedudukan tertinggi seperti acara yang lalu.

“Sejak 2003, Ajinomoto Co. telah mengusahakan Victory Project bagi menyokong situasi atlet berperingkat tinggi di Jepun serta melaksanakan aktiviti sokongan nutrisi dengan memanfaatkan kehebatan asid amino, termasuk menyediakan produk Kumpulan Ajinomoto seperti aminoVITAL dan mempromosikan Winning Meals Kachimeshi,” jelas kenyataan itu pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, sejak 2008 enam anak syarikat Kumpulan Ajinomoto di rantau ASEAN telah mengikuti ASEAN Victory Project bersama persatuan kesukanan, para atlet serta sekolah sukan di negara masing-masing.

“Ajinomoto Co. akan menggunakan tajaan rasmi Sukan SEA ini sebagai peluang untuk memberikan sokongan selanjutnya di bawah ASEAN Victory Project melalui anak syarikatnya di rantau ASEAN,” kata kenyataan itu.

Ajinomoto Co. telah menubuhkan pangkalan perniagaan di Malaysia, Vietnam, Filipina, Thailand, Indonesia, Singapura dan lain-lain serta telah menjalankan perniagaan makanan pengguna di negara-negara tersebut selama beberapa tahun, lantas mengekalkan hubungan yang rapat dengan budaya makanan tempatan.

“Ajinomoto Co. akan terus memberikan sokongan kepada sukan dan menggunakan ilmu serta kehebatan asid amino untuk menyumbang kepada isu berkaitan makanan dan kesihatan manusia di setiap negara,” kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Menurut kenyataan itu, selaras dengan hala tuju Kumpulan Ajinomoto, sejak 2019, Ajinomoto (Malaysia) Berhad (AMB) telah memulakan kerjasama bersama Kementerian Pendidikan Malaysia dan sekolah sukan negara bagi Projek Kesedaran Nutrisi Sukan.

Selain itu, aminoVITAL telah dilancarkan pada 2020 untuk memberi manfaat kepada atlet tempatan dan individu aktif melalui kepakaran dalam sains amino.

Itu merupakan antara inisiatif Penciptaan Nilai Bersama oleh Kumpulan Ajinomoto (ASV) dalam bidang pemakanan sukan sejurus penglibatan AMB dalam Sukan SEA ke-29 Kuala Lumpur pada 2017 sebagai penaja Platinum.