Nasi Kandaq Transporter

No Image Caption
A
A
A


Pengasas Nasi Kandaq Transporter Mohamed Hidzir Mohamed Nordin (kanan) menyerahkan bungkusan makanan nasi kandaq kepada seorang penghantar makanan di sekitar Tasik Permaisuri.

Sejak 7 Disember 2021, anak jati pulau mutiara itu yang mesra dikenali sebagai Mamu Zir, menggunakan syarikatnya, Nasik Kandaq Transporter (NKT) untuk membawa terus nasi kandar terpilih, dari restoran kegemaran ramai di pulau berkenaan.

Menurut Mohamed Hidzir, 42, pelanggan boleh menikmati nasi kandar yang dipesan, buat masa ini, di NKT SUURR - No 1-1 Jalan Equine 10F, Taman Equine, Seri Kembangan. Beliau juga turut menyediakan nasi kandar secara bungkus yang akan dihantar terus kepada pelanggan di sekitar Lembah Klang pada setiap Sabtu dan Ahad.

Berkongsi lanjut tentang konsep nasi kandar secara makan terus itu, Mohamed Hidzir berkata beliau akan mengambil tempahan terlebih dahulu dari pelanggan dan mengumpul semua pesanan seminggu lebih awal daripada tarikh sebenar nasi kandar dibawa dari Pulau Pinang. - Foto Bernama
Artikel Berkaitan:


Artikel Disyorkan
No Image Caption
GALERI

Hiasan dekorasi suasana perayaan

No Image Caption
GALERI

Permainan Wau LED

No Image Caption
GALERI

Nuzul Al-Quran

No Image Caption
GALERI

Tinjauan Nuzul Quran