PPZ-MAIWP sasar RM852 juta kutipan zakat tahun ini

Idris (tengah) dan Abdul Hakim (tiga dari kiri) bersama wakil syarikat korporat pada Majlis Zakat Korporat 2022 di Putrajaya pada Selasa.
Idris (tengah) dan Abdul Hakim (tiga dari kiri) bersama wakil syarikat korporat pada Majlis Zakat Korporat 2022 di Putrajaya pada Selasa.
A
A
A

PUTRAJAYA – Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyasarkan sejumlah RM852 juta kutipan zakat keseluruhan bagi tahun ini.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman berkata, sasaran tersebut merupakan peningkatan sehingga sembilan peratus berdasarkan kesedaran pembayar zakat dalam menunaikan tanggungjawab tersebut.

“Tahun ini kita menyasarkan seramai 410,000 pembayar zakat dengan jumlah kutipan sehingga RM852 juta, manakala bagi zakat perniagaan pula, dijangka sebanyak 6,000 syarikat dengan kutipan berjumlah RM132 juta tahun ini.

“Sasaran tersebut diukur pada tiga bulan pertama tahun ini dengan melihat keadaan ekonomi yang semakin baik, seterusnya akan dibawa semula kepada Lembaga Pengarah untuk putuskan sasaran baharu nanti,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Zakat Korporat 2022 pada Selasa.

Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Idris Ahmad dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail.

Pada majlis tersebut, PPZ-MAIWP menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM7.93 juta daripada 19 syarikat korporat antaranya Malakoff Corporation Berhad, Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran dan SME Berhad.

Dalam pada itu Abdul Hakim berkata, PPZ-MAIWP telah mengutip lebih RM123 juta bagi zakat perniagaan tahun 2021 melibatkan 5,326 pembayar.

Jumlah itu katanya meningkat sebanyak 16 peratus bagi jumlah pembayar zakat berbanding 4,583 pada tahun sebelumnya dengan 2,017 pembayar baru dicatatkan.

Artikel Berkaitan: