Tengku Amir wakili Sultan Selangor kurnia pingat kebesaran

Tengku Amir mengurniakan pingat kebesaran kepada salah seorang penerima di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Bangunan SUK Selangor di sini.
Tengku Amir mengurniakan pingat kebesaran kepada salah seorang penerima di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Bangunan SUK Selangor di sini.
A
A
A

SHAH ALAM - Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan berangkat mewakili Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk mengurniakan pingat kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor ke-75/2020 di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor di sini.

Selangor Royal Office dalam kenyataan di Facebook memaklumkan, semua penerima adalah dari tujuh daerah di Selangor iaitu Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Kuala Langat, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Sepang.

Menurut kenyataan itu, pengurniaan itu membabitkan Pingat Pekerti Terpilih (PPT), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC), Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS).

"Pada 11 Januari lalu, Tengku Laksamana Selangor, Tengku Sulaiman Shah Alhaj mewakili Sultan Sharafuddin bagi mengurniakan pingat kebesaran sempena Ulang Tahun Keputeraan Sultan Selangor ke-74/2019.

"Pengurniaan pingat kebesaran bagi sesi 2019 dan 2020 ini tertangguh susulan penularan Covid-19 dan bertujuan menghargai jasa serta sumbangan bakti dicurahkan individu terbabit kepada masyarakat dan negeri," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Rabu.

Artikel Berkaitan: