Rumah lama berbentuk kasut but ditemui dalam hutan UK

Rumah yang mempunyai bentuk seperti sebuah kasut but ditemui di sebuah lokasi di United Kingdom. - Foto Abandoned UK/Facebook
Rumah yang mempunyai bentuk seperti sebuah kasut but ditemui di sebuah lokasi di United Kingdom. - Foto Abandoned UK/Facebook
A
A
A

LONDON - Sebuah rumah yang berbentuk kasut but telah ditemui di dalam hutan di United Kingdom (UK) sekali gus menepati tajuk sebuah puisi lama pada tahun 1794.

Dalam puisi lama itu, ia menyatakan terdapat seorang wanita tua tinggal di dalam kasut.

Justeru, portal berita Daily Star melaporkan baru-baru ini, sebuah rumah berbentuk kasut but telah ditemui di dalam sebuah hutan di UK tetapi lokasi sebenar penemuan tersebut tidak didedahkan bagi mengelakkan ia dirosakkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Terdapat dakwaan bahawa seorang wanita pernah tinggal di dalam rumah yang berbentuk kasut but itu pada tahun 1950an.

Sunggupun begitu, terdapat dakwaan lain bahawa ia sebenarnya sebahagian daripada sebuah taman tema dan tidak ada penduduk yang menghuninya.

Namun, rumah yang berbentuk kasut but itu kelihatan sudah usang dan kelihatan ditinggalkan sejak sekian lama.

Sebelum ini terdapat puisi yang berjudul 'The Little Old Woman who lived in a Shoe' pada tahun 1794 yang ditulis oleh Mother Goose, menurut laman web American Literature. - Agensi

Artikel Berkaitan: