PM diminta letak KPI sasar kedudukan CPI lebih baik

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob perlu memberi jaminan untuk memperbaiki kedudukan Malaysia ke tahap yang lebih baik dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) dunia ke dengan menetapkan petunjuk prestasi utama (KPI) yang mahu dicapai bagi tahun hadapan.

Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhammad Faisal Abdul Aziz berkata, masih belum terlambat untuk Malaysia melaksanakan perubahan yang sewajarnya demi memastikan negara tidak terus dibebani dengan persepsi buruk berkenaan isu rasuah.

Namun menurutnya, tindakan transformasi yang dituntut rakyat tidak boleh dilengahkan lagi dan perlu diberi perhatian yang sangat serius.

"Rakyat Malaysia sudah buat pelbagai seruan, maksudnya seperti melalui kempen Rasuah Busters.

"ABIM sendiri bertemu dengan pelbagai pihak dalam membincangkan isu ini, dan kita NGO sudah banyak kali bersuara perlunya perubahan atau penambahbaikan sistem sedia ada tapi masih lagi dilihat seolah-olah dilengah-lengahkan atau suram untuk diberikan keutamaan, jadi ini amat menyedihkan.

"Jadi Perdana Menteri perlu meletakkan KPI agar CPI Malaysia beradab pada tahap yang lebih baik untuk tahun hadapan," katanya kepada Sinar Harian.

Muhammad Faisal menegaskan, kegagalan kerajaan melakukan perubahan terhadap sistem pentadbiran seperti yang dituntut dipercayai menjadi penyumbang terhadap kemerosotan kedudukan Malaysia dalam CPI dunia.

Katanya, meskipun memorandum persefahaman (MOU) antara kerajaan dan Pakatan Harapan (PH) selaku pembangkang turut menggariskan matlamat perubahan sama, masih tiada perubahan yang berlaku.

Artikel Berkaitan:

"Isu salah guna kuasa melibatkan pemegang amanah juga yang gagal diuruskan dengan baik memberikan persepsi buruk kepada negara tentang tahap pengurusan rasuah oleh Malaysia,"katanya