Wartawan rakyat terbaik kategori kanak-kanak

Muhammad Haziq
Muhammad Haziq
A
A
A

PADA Isnin, tular satu rakaman video seorang kanak-kanak dari Bukit Selambau, Merbok, Kedah bernama Muhammad Haziq Mohd Asyraf yang membuat siaran langsung menerusi Facebook berhubung penemuan seekor ular sawa di pasar kawasan berkenaan. Rakaman siaran langsung berdurasi 2 minit 45 saat itu menjadi perhatian warga maya di seluruh negara.

Gaya penyampaian kanak-kanak berusia 12 tahun itu penuh dramatik dan menarik perhatian sesiapa sahaja yang menontonnya. Melihatkan rakaman video itu, Merak Jalanan teringatkan tentang amalan konsep ‘kewartawanan rakyat’ atau citizen journalism yang terkenal dalam era digital hari ini.

Konsep tersebut yang wujud atas faktor dorongan kemajuan teknologi sering menjadi amalan kepada orang ramai untuk menyebarkan berita secara terus kepada audiens menerusi platform digital.

Menurut Profesor Kewartawanan Universiti New York, Jay Roysen, wartawan rakyat ialah mereka yang menghasilkan kandungan tentang sesuatu subjek dan menyebarkannya kepada orang lain. Mereka adalah orang awam dan bukan wartawan profesional dari pada mana-mana media organisasi.

Walaupun apa yang dilakukan oleh Haziq itu sekadar laporan daripada wartawan rakyat, namun Merak Jalanan tengok hasil kandungannya memberangsangkan. Peranan wartawan rakyat yang dimainkan oleh kanak-kanak itu jauh lebih baik daripada jutaan ‘wartawan rakyat’ yang ada di negara ini.

Kandungan disampaikannya mempunyai elemen penting dalam laporan berita seperti siapa, apa, di mana, bila, kenapa dan bagaimana sesuatu perkara itu berlaku. Malah, kandungan yang disampaikan juga mempunyai nilai berita.

Walaupun masih kanak-kanak, penyampaian Haziq itu jauh lebih baik berbanding jutaan video tular wartawan rakyat lain yang kebanyakannya tidak mempunyai keterangan lengkap tentang kejadian. Syabas Haziq!

Artikel Berkaitan: