Lagi kluster institusi pendidikan direkodkan di Sabah

Satu lagi kluster Covid-19 jenis institusi pendidikan direkodkan di Sabah pada Selasa dengan 18 kes kumulatif terdiri daripada pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Balung, Tawau.
Satu lagi kluster Covid-19 jenis institusi pendidikan direkodkan di Sabah pada Selasa dengan 18 kes kumulatif terdiri daripada pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Balung, Tawau.
A
A
A

KOTA KINABALU - Satu lagi kluster Covid-19 jenis institusi pendidikan direkodkan di Sabah pada Selasa dengan 18 kes kumulatif terdiri daripada pelajar asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Balung, Tawau, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap Covid-19 Sabah itu berkata, kes indeks merupakan pelajar lelaki Tingkatan Empat sekolah itu yang dikesan positif pada 21 Januari setelah bergejala sejak 19 Januari lepas.

"Saringan telah dijalankan ke atas 38 kontak rapat. Semua pesakit dikategorikan sebagai bergejala ringan (Kategori Satu dan Dua) dan telah dikuarantin serta diberikan rawatan yang sesuai,” katanya menerusi satu kenyataan malam ini.

Pada minggu lepas lima kluster Covid-19 jenis institusi pendidikan direkodkan di Sabah iaitu di Putatan (Kluster Pandan-Pandan), Sandakan (Kluster Jalan Pertukangan), Ranau (Kluster Puri Ranau) dan (Kluster Bypass Kologon) dan Tambunan (Kluster Jalan Kepayan Lama).

Sementara itu, Masidi berkata, 314 kes baharu Covid-19 direkodkan pada Selasa menjadikan kumulatif 246,077 kes, dan sebanyak tiga kes kematian.

”Seramai 177 pesakit sembuh menjadikan jumlah kumulatif 238,187 orang sembuh, manakala 690 pesakit sedang menerima rawatan,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: