X

Kindly register in order to view this article
!

Ahad | 22 Mei 2022

Ketidakstabilan politik bukan punca PRN Johor

Mohd Fared
A
A

SHAH ALAM - Ketidakstabilan politik bukan punca pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang menyebabkan Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan.

Naib Ketua Pemuda UMNO Johor, Mohd Fared Khalid berkata, PRN dilakukan adalah disebabkan perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sendiri untuk membubarkan DUN atas kegelongsoran yang berlaku di negeri itu.

“Faktor PRN berlaku adalah bukan dari sebab ketidakstabilan politik.

PRN kali ini bukan disebabkan aksi politikus.

Sultan Johor sendiri beri perkenan.

“Apabila baginda sendiri perkenan, bermaksud ada isu besar sendiri yang Sultan Ibrahim izinkan untuk PRN berlaku,” katanya dalam Wacana Sinar edisi ke-319 yang bertajuk PRN Johor: Untuk Rakyat Atau Siapa ? yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.

Turut menjadi panelis, Penganalisis Politik, Mujibu Abd Muis dan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Johor, Faezuddin Puad manakala Ismail Adnan sebagai moderator.

Dari kiri atas: Ismail Adnan, Mohd Fared dan dari kiri bawah, Faezuddin dan Mujibu semasa Wacana Sinar edisi ke-319 yang bertajuk PRN Johor: Untuk Rakyat Atau Siapa ? yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.
Dari kiri atas: Ismail Adnan, Mohd Fared dan dari kiri bawah, Faezuddin dan Mujibu semasa Wacana Sinar edisi ke-319 yang bertajuk PRN Johor: Untuk Rakyat Atau Siapa ? yang disiarkan di platform Sinar Harian pada Selasa.

Pada 22 Januari, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN bagi memberi laluan kepada PRN diadakan.

Sebelum itu, Menteri Besar Datuk Hasni Mohammad, menghadap Sultan Johor bagi memaklum sembah hasrat kerajaan negeri mengadakan PRN, di Istana Bukit Serene, Johor Bahru pada jam 5 petang Sabtu.

Satu pilihan raya akan diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran DUN bagi membolehkan sebuah kerajaan baharu dibentuk.

Mengulas lanjut, Mohd Fared berkata, sepanjang pentadbiran kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum ke-14, dari sudut ekonomi, Johor telah jatuh ke kedudukan ke enam dalam negara.

“Bahkan Johor sebelum ini kuasa besar iaitu nombor dua dalam Malaysia.

Apakah faktor yang menyumbang kepada kegelongsoran pelaburan dalam Negeri Johor?

Sudah pasti pelabur tidak akan masuk kalau Johor keadaan ini tidak stabil,” ujarnya.

Mengulas mengenai ketamakan UMNO untuk menguasai negeri tersebut, beliau berkata, PRN diadakan bukan sahaja peluang kepada Barisan Nasional (BN) untuk memenangi, malahan ia terbuka kepada semua parti.

“Sebenarnya kenapa takut PRN berlaku? Betul ke UMNO akan menang?

Kalau fikir secara logik akal, ia beri peluang kepada seluruh parti politik dalam Johor khasnya,” katanya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!