PM adakan pertemuan tertutup dengan pimpinan UMNO

Kenderaan yang membawa Ismail Sabri tiba di pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar Johor, di Saujana di sini pada Selasa.
Kenderaan yang membawa Ismail Sabri tiba di pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar Johor, di Saujana di sini pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengadakan pertemuan tertutup di kediaman rasmi Menteri Besar Johor, di Saujana di sini, pada Selasa.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO tiba di pekarangan kediaman rasmi Menteri Besar Johor itu kira-kira jam 8.40 malam.

Pertemuan itu turut dihadiri Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad.

Selain itu, pimpinan UMNO Negeri turut kelihatan di pertemuan itu adalah Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Artikel Berkaitan: