[VIDEO] Tanah mendap, lima kenderaan rosak
SERI KEMBANGAN - [DIKEMAS KINI] Sebanyak lima kenderaan yang diletakkan di tepi Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai di sini rosak selepas tanah mendap berlaku di kawasan itu pada Selasa.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.38 petang.
"Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba Serdang bergegas ke lokasi kejadian.
"Sebaik tiba, kita mendapati berlaku mendapan berhampiran longkang sehingga mengakibatkan lima kenderaan pelbagai jenis mengalami kerosakan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Norazam berkata, dilaporkan tiada mangsa terlibat dalam insiden itu.
"Kita sedang menjalankan pemantauan di lokasi kejadian," katanya.
Pelajar kolej maut tercampak dari kereta dalam nahas lima kenderaan
24 April 2024 12:47pmPolis masih kesan pemilik sebenar wang lebih RM500,000 dalam bagasi
24 April 2024 12:42pmHelikopter TLDM terhempas: Proses bedah siasat hampir selesai
24 April 2024 12:30pmKenal pasti segera punca nahas helikopter TLDM - Ikmal Hisham
24 April 2024 12:18pm'Tak sangka Farah dalam helikopter terhempas'
23 April 2024 04:51pm'Kawan ma suruh ambil adik, ma dah tiada'
23 April 2024 06:34pmWajah 10 mangsa korban nahas helikopter TLDM
23 April 2024 08:41pmAnggota TLDM dalam kolam renang cedera terkena serpihan
23 April 2024 05:32pm