[VIDEO] Tanah mendap, lima kenderaan rosak

Keadaan kenderaan yang rosak akibat tanah mendap di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan pada Selasa.
Keadaan kenderaan yang rosak akibat tanah mendap di Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan pada Selasa.
A
A
A

SERI KEMBANGAN - [DIKEMAS KINI] Sebanyak lima kenderaan yang diletakkan di tepi Jalan LP 1A/2 Lestari Perdana, Bandar Putra Permai di sini rosak selepas tanah mendap berlaku di kawasan itu pada Selasa.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 6.38 petang.

"Seramai enam anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba Serdang bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kita mendapati berlaku mendapan berhampiran longkang sehingga mengakibatkan lima kenderaan pelbagai jenis mengalami kerosakan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Norazam berkata, dilaporkan tiada mangsa terlibat dalam insiden itu.

"Kita sedang menjalankan pemantauan di lokasi kejadian," katanya.