Kertas siasatan kes ADUN positif dadah diserah kepada PPN

Kertas siasatan berhubung penahanan seorang ADUN dari Perak kerana positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Perai di sini pada 13 Januari lepas diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) pada Selasa.
Kertas siasatan berhubung penahanan seorang ADUN dari Perak kerana positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Perai di sini pada 13 Januari lepas diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) pada Selasa.
A
A
A

GEORGE TOWN - [DIKEMAS KINI] Kertas siasatan berhubung penahanan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Perak kerana positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Perai di sini pada 13 Januari lepas diserahkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) pada Selasa.

Namun Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, kertas siasatan itu dikembalikan kepada polis dengan beberapa tindakan yang perlu diambil oleh pihaknya.

Bagaimanapun, beliau enggan mendedahkan tindakan atau maklumat yang perlu dikemas kini, seperti diminta oleh Pengarah Pendakwaan Negeri.

"Hari ini polis telah serahkan kertas siasatan kes itu dan ia turut ditaklimatkan kepada Pengarah Pendakwaan Negeri, atas permintaan beliau (Pengarah Pendakwaan Negeri) kertas siasatan tersebut dikembalikan dengan beberapa tindakan untuk diambil oleh pihak polis.

"Polis akan lengkapkan tindakan yang diminta itu, dan kita jangka kertas siasatan tersebut akan diserahkan kembali dalam tempoh dua minggu lagi.

"Kami juga masih menunggu laporan patologi berhubung sampel air kencing ADUN berusia 54 tahun berkenaan, bagi melengkapkan kertas siasatan,” katanya ketika dihubungi Bernama pada Selasa.

Dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam di sebuah pusat hiburan di Perai itu, seramai 48 individu ditahan, dengan 36 daripadanya berkaitan kes narkotik manakala, 12 lagi berkaitan kes jenayah.

Mereka yang ditahan kerana positif dadah termasuk ADUN tersebut, dan dua anggota polis yang bertugas di Ibu pejabat Polis Kontinjen Perak dan Pulau Pinang.

Artikel Berkaitan:

ADUN Pasir Bedamar, Terence Naidu yang ditahan itu, kemudiannya mendakwa ujian kedua air kencing yang dilakukan di sebuah klinik swasta - Klinik 02 di Pulau Pinang didapati negatif, dan meminta polis menjalankan siasatan segera. - Bernama