X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 19 Mei 2022

'Kami bukan protes atau merusuh' - Syed Saddiq

Syed Saddiq
A
A

KUALA LUMPUR - "Kami hanya serahkan memorandum bukan protes atau merusuh", demikian reaksi Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung dirinya bersama Setiausaha Agung Muda, Amira Aisya dirakam keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, di sini pada Selasa.

Syed Saddiq berkata, beliau terkilan dengan tindakan kerajaan yang menekan kerana pihaknya mengetengahkan memorandum penyelesaian kepada bencana banjir.

"Saya hairan seharusnya tauke balak, kontraktor serta pemaju yang bertanggungjawab itu disiasat.

"Kita serahkan memorandum yang mengandungi enam penyelesaian banjir secara aman di depan Parlimen yang boleh dipertimbangkan kerajaan tetapi disiasat pula, kita hanya cadangkan jalan penyelesaian untuk bencana banjir, bukan protes atau merusuh," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas selesai memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Dang Wangi pada Selasa.

Syed Saddiq bersama Setiausaha Agung Muda Amira Aisya sebelum itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi kira-kira jam 2 petang untuk memberi keterangan berkaitan Penyerahan Memorandum Darurat Banjir dan Krisis Iklim di Parlimen pada Khamis lepas.

Beliau meninggalkan IPD Dang Wangi kira-kira jam 3.10 petang sambil ditemani peguamnya.

Perhimpunan aman diadakan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berkaitan Darurat Banjir dan Krisis Iklim di Parlimen pada Khamis lalu.
Perhimpunan aman diadakan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berkaitan Darurat Banjir dan Krisis Iklim di Parlimen pada Khamis lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kedua-dua pimpinan Muda itu disiasat berkaitan perhimpunan penyerahan memorandum Darurat Banjir dan Krisis Iklim yang berlangsung di Parlimen.

"Siasatan masih lagi dijalankan di bawah Seksyen 9 (5) APA 2012 dan Peraturan 10 Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDPPB) 2021 (Kawalan Berhimpun)," katanya.

Pada Khamis, Muda menyerahkan Memorandum Darurat Banjir dan Krisis Iklim kepada Ahli-Ahli Parlimen yang disampaikan kepada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Parlimen.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!