Peruntukan kesihatan awam rendah kerana rasuah tinggi: TI-M

Malaysia hanya belanjakan peruntukan yang rendah untuk kesihatan awam berbanding KDNK dalam tempoh 2012 hingga 2017. Gambar kecil: Dr Muhammad Mohan
Malaysia hanya belanjakan peruntukan yang rendah untuk kesihatan awam berbanding KDNK dalam tempoh 2012 hingga 2017. Gambar kecil: Dr Muhammad Mohan
A
A
A

SHAH ALAM - Malaysia hanya membelanjakan peruntukan yang rendah untuk kesihatan awam berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tempoh 2012 hingga 2017.

Presiden Transparency International-Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, pelaburan yang lebih rendah dalam kesihatan awam dikaitkan dengan tahap rasuah yang tinggi.

Menurutnya, dalam tempoh itu, data yang dikeluarkan Transparency International menunjukkan negara hanya memperuntukkan 3.8 peratus untuk penjagaan kesihatan jika dibandingkan dengan KDNK.

"Dari 2012 hingga 2017, skor CPI negara dianggarkan sekitar 40 hingga 50," katanya ketika membentangkan keputusan CPI 2021 Malaysia secara maya pada Selasa.

Pada pembentangan itu, beliau mengumumkan kedudukan Malaysia dalam CPI 2021 terus jatuh ke tangga 62 daripada keseluruhan 180 negara berbanding tangga 57 dan 51 masing-masing pada 2020 dan 2019.

Mengulas lanjut, Muhammad memberitahu, dengan 3.8 peratus perbelanjaan penjagaan kesihatan yang direkodkan dan skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI), negara berada pada kategori kedua atau sederhana dari segi CPI.

Beliau menjelaskan, kategori pertama atau tahap rasuah rendah membabitkan negara yang memperoleh skor CPI bermula 0 hingga 33, kategori sederhana (34 hingga 65) manakala kategori ketiga atau tahap rasuah tinggi (66 hingga 100).

"Data menunjukkan negara yang tahap rasuah rendah membelanjakan lebih peruntukan untuk kesihatan awam.

"Ini kerana bila rasuah kurang, kerajaan ada banyak dana untuk kegunaan lain termasuk untuk penjagaan kesihatan, pendidikan dan sebagainya.

"Jadi ini faktor penting kenapa CPI ini sangat relevan untuk kerajaan lihat dan teliti dengan lebih serius," ujarnya.

Artikel Berkaitan: