Covid-19: Kluster pendidikan di Melaka membimbangkan

Dr Rusdi
Dr Rusdi
A
A
A

MELAKA - [DIKEMASKINI] Kes positif Covid-19 membabitkan kluster pendidikan di Melaka semakin membimbangkan susulan kini empat kluster melibatkan seramai 261 pelajar direkodkan.

Pengarah Kesihatan Melaka, Dr Rusdi Abd Rahman berkata, kluster-kluster berkenaan tercetus pada awal sesi persekolahan tahun ini membabitkan dua buah kolej vokasional serta masing-masing sebuah sekolah menengah agama dan institut pengajian tinggi.

"Empat kluster tersebut termasuk Kluster Jalan Kemendor Jasin melibatkan seramai 39 Kolej Vokasional (KV) Jasin; Kluster Jalan Tun Telani melibatkan seramai 135 pelajar KV Melaka Tengah; Kluster Jalan Hang Tuah Jaya 2 membabitkan seramai 58 pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM) dan Kluster Jalan Pengkalan Batu melibatkan 29 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Sultan Muhammad.

"Setakat ini pihak kami sedang memantau sebuah sekolah agama di Telok Mas susulan lebih kurang 20 pelajar sedang bergejala selepas terdapat pelajar positif Covid-19 baru-baru ini," katanya kepada pemberita selepas Operasi Tahun Baharu Cina (Ops TBC 2022) di Malim, pada Selasa.

Menurut Dr Rusdi, melihat kepada trend peningkatan kes positif Covid-19 dalam kalangan pelajar di Melaka, beliau tidak menolak berkemungkinan kes merebak ke sekolah asrama lain.

"Bagi saya ia semakin membimbangkan sebab itu kita perlu menangani hal ini. Tidak mustahil sekolah asrama lain akan ada pelajar positif selepas ini jika kita tidak berhati-hati," katanya.

Dalam pada itu kata Dr Rusdi, setakat ini terdapat 15 kes varian Omricon direkodkan di Melaka sejak akhir Disember tahun lalu termasuk sembilan kes dilaporkan di Melaka Tengah manakala masing-masing tiga kes di Alor Gajah dan Jasin.

"Bagaimanapun daripada empat kluster pendidikan itu, hanya satu kes Omricon" katanya.

Artikel Berkaitan: