Parkir berbayar lima lokasi di Kuala Selangor mulai Mac

Info grafik perlaksanaan sistem TLK berbayar di lima lokasi baharu MPKS.
Info grafik perlaksanaan sistem TLK berbayar di lima lokasi baharu MPKS.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) melaksanakan sistem tempat letak kenderaan (TLK) berbayar di lima lokasi baharu bermula pada 1 Mac depan.

MPKS dalam satu kenyataan memaklumkan, pelaksanaan TLK berbayar membabitkan kawasan Pasir Penambang, Eco Grandeur, Ijok dan Kuala Selangor serta Sungai Buloh Sasaran.

"Pelaksanaan sistem TLK bertujuan mengawal aktiviti salah guna tapak parkir dan memastikan perancangan bandar lebih tersusun serta teratur.

"Kadar bayaran yang dikenakan adalah 50 sen sejam dan waktu operasi bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat), kecuali pada hari Sabtu, Ahad dan cuti umum," kata MPKS di laman Facebook rasmi pada Selasa.

Kenyataan itu turut memaklumkan, bayaran boleh dibuat melalui sistem dalam talian Smart Selangor Parking atau Flexi Parking manakala pas bulanan diperoleh melalui ejen dilantik.

Untuk pertanyaan lanjut, orang ramai boleh menghubungi talian 03-3289 7385 (sambungan 30).

Artikel Berkaitan: