46 individu penagih, pengedar dadah diberkas di Ampang Jaya

Mohamad Farouk
Mohamad Farouk
A
A
A

AMPANG - Seramai 46 individu termasuk tiga warga asing disyaki penagih dan pengedar dadah ditahan dalam Op Tapis Khas di sekitar Ampang Jaya di sini pada Jumaat hingga Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kesemua individu yang ditahan itu berusia 24 hingga 60 tahun.

"Kita berjaya merampas dadah jenis syabu seberat 1.95 kilogram, heroin (37.5 gram), pil kuda (0.16 gram), ganja (6.02 gram) dan 22.9 liter air ketum yang dianggarkan bernilai RM 68,852.05," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mohamad Farouk berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 39B, 39A(2), 39A(1), 12(2), 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952.

"Kita akan menjalankan operasi dari masa ke semasa. Kita juga amat mengalu-alukan kerjasama serta maklumat daripada orang awam untuk bersama-sama membanteras kegiatan ini dengan menghubungi Polis Ampang Jaya di talian 03-42897222," ujarnya.

Artikel Berkaitan: