Bayi, budak 2 tahun terperangkap setengah jam dalam kereta

Anggota bomba berusaha membuka pintu kereta yang terkunci bagi menyelamatkan seorang bayi dan kanak-kanak lelaki yang berada di dalamnya di kawasan parkir Jalan Hospital-Bukit Palah, Melaka pada Selasa.
Anggota bomba berusaha membuka pintu kereta yang terkunci bagi menyelamatkan seorang bayi dan kanak-kanak lelaki yang berada di dalamnya di kawasan parkir Jalan Hospital-Bukit Palah, Melaka pada Selasa.
A
A
A
MELAKA - [DIKEMAS KINI] Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan bayi berusia enam bulan terkunci dalam sebuah kereta di kawasan parkir Jalan Hospital-Bukit Palah, di sini pada Selasa.

Penjaga parkir, Asnizam Muhamad berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 9.27 pagi, ibu kepada bayi berkenaan keluar untuk membuat pembayaran parkir sebelum kenderaan Proton Wira berwarna oren itu terkunci dari dalam disebabkan anak saudaranya berusia dua tahun itu tersalah tekan butang kunci kenderaan.

Menurutnya, dia dan beberapa orang awam yang berada di lokasi cuba membantu membuka pintu kereta termasuk mengumpil pintu kenderaan terbabit namun tidak berjaya sebelum dia kemudiannya menghubungi talian kecemasan.

"Beberapa minit selepas saya menghubungi talian kecemasan, pasukan Bomba dan Penyelamat tiba dan berjaya mengeluarkan kanak-kanak dan bayi itu kira-kira 30 minit kemudian," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Selasa.

Mengulas lanjut, dia yang menjaga parkir atas tanah milik ayahnya itu telah beberapa kali melihat orang awam tertinggal kunci dalam kereta namun kejadian tersebut merupakan kali pertama membabitkan anak kecil terkunci dalam kenderaan.
Artikel Berkaitan:


Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Bomba Kanan II Mohd Iswandy Aripin berkata, setiba di lokasi kejadian, pasukannya mengambil masa kira-kira 32 minit untuk menyelamat kedua-dua mangsa menggunakan peralatan khas.

"Dipercayai kejadian berlaku apabila salah seorang mangsa tertekan butang kunci kenderaan terbabit sebelum operasi ditamatkan pada 10.04 pagi," katanya.