Op Tapis: 157 ditahan, 30 pengedar dadah

Zulkiflee (tengah) menunjukkan dadah dan wang tunai yang dirampas dalam Op Tapis Khas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka pada Selasa. - Foto: Bernama
Zulkiflee (tengah) menunjukkan dadah dan wang tunai yang dirampas dalam Op Tapis Khas pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka pada Selasa. - Foto: Bernama
A
A
A

MELAKA - Seramai 157 individu termasuk 30 pengedar dadah ditahan dan pelbagai dadah bernilai RM60,600 dirampas dalam Op Tapis Khas dijalankan di sekitar Melaka selama tiga hari bermula 21 Januari lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka, Superintendan Zulkiflee Rashid berkata, daripada 30 pengedar dadah, 17 daripadanya ditahan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 manakala 13 lagi ditahan di bawah Seksyen 3 (1) ADB Langkah-langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

Menurutnya, dadah yang dirampas meliputi 1,168.38 gram (g) heroin, syabu (188.64g), ganja (129.45g), ketamin (4g) dan air ketum (4.5 liter).

"Kesemua pengedar dadah berkenaan berusia 19 hingga 64 tahun itu ditahan di sekitar Melaka termasuk di dua pot dadah iaitu di Pot Krubong di Melaka Tangah dan dan Pot Apache di Alor Gajah.

"Seorang pengedar dadah yang ditahan di Pot Apache datang dari Lembah Klang untuk mengedar dadah dan merekrut penagih dadah di Alor Gajah untuk dijadikan 'balaci' (budak suruhan) bagi membantunya mengedar dadah di pot tersebut," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka di sini hari ini.

Beliau berkata, daripada 157 individu yang ditahan, 73 penagih dan pengedar dadah termasuk seorang wanita ditahan di kedua-dua pot berkenaan yang merupakan sarang penagihan dan pengedaran dadah yang popular dalam kalangan mereka.

Tambah beliau, wang tunai berjumlah RM10,000 dipercayai hasil aktiviti pengedaran dada, tujuh kereta dan 13 motosikal bernilai RM269,500 dirampas dan disita sepanjang tiga hari operasi berkenaan dijalankan.

Zulkiflee berkata, operasi berkenaan bukan sahaja bertujuan membersih dan menutup pot penagihan dan pengedaran dadah, malah bagi mengekang aktiviti tersebut di negeri ini.

Artikel Berkaitan:

"Operasi seumpama ini akan terus dijalankan dari semasa ke semasa dan orang ramai terutama generasi muda diingatkan agar tidak terlibat dengan aktiviti penagihan serta pengedaran dadah yang boleh memusnahkan masa depan mereka," katanya - Bernama