Najib, Hishammuddin perlu jelaskan Ops Yaman 2

Raja Kamarul Bahrin. - Foto Bernama
Raja Kamarul Bahrin. - Foto Bernama
A
A
A
KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein digesa memberi penjelasan berhubung penglibatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam Ops Yaman 2.

Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Shah berkata ini berikutan operasi itu difahamkan tidak mendapat kelulusan Kabinet kerajaan terdahulu.

Menurut Raja Kamarul Bahrin, hampir dua tahun beliau mempersoal tindakan Hishammuddin dan Najib dalam isu penglibatan ATM itu.

"Mengapa mereka berdua berdiam diri terutama Najib, adakah kerana Najib terlalu berhutang budi kepada keluarga (diraja) Arab Saudi ...," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.

Timbalan Menteri Pertahanan Liew Chin Tong pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat semalam, berkata Hishammudddin difahamkan tidak mendapat kelulusan kabinet dari segi prosedur operasi standard untuk Ops Yaman 2.
Artikel Berkaitan:


Chin Tong dilaporkan berkata pada asalnya anggota ATM telah diatur gerak untuk membawa keluar rakyat Malaysia di Yaman, namun diubah kepada misi membantu pakatan ketenteraan Arab Saudi.

Kerajaan Pakatan Harapan menghentikan operasi itu pada 4 Sept lalu dengan menarik balik pasukan ATM di Arab Saudi atas sebab tidak selaras dengan dasar berkecuali Malaysia. - Bernama