Inzaghi positif Covid-19

Simone Inzaghi disahkan positif Covid-19 dan akan mengikut protokol yang ditetapkan melalui garis panduan penjagaan kesihatan
Simone Inzaghi disahkan positif Covid-19 dan akan mengikut protokol yang ditetapkan melalui garis panduan penjagaan kesihatan
A
A
A

KHABAR buruk menimpa juara bertahan Serie A, Inter Milan apabila pengendalinya Simone Inzaghi diuji positif Covid-19.

Inter Milan dalam satu kenyataan memaklumkan, jurulatih berusia 45 tahun itu didapati positif selepas menjalani ujian rutin Covid-19 yang ditetapkan kelab tersebut.

"Inzaghi,45 disahkan positif Covid-19 pada hari Isnin selepas menjalani ujian saringan tersebut.

"Jurulatih tersebut kini akan mengikut protokol yang ditetapkan melalui garis panduan penjagaan kesihatan," kata kenyataan itu.

Bagaimanapun berita itu dijangka tidak akan mengakibatkan gangguan besar kepada kelab kerana mereka tidak akan beraksi sehingga 5 Februari dan akan melayan kunjungan jiran Milan dalam Derby della Madonnina.

Di bawah garis panduan Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC), pemain dan kakitangan hanya perlu mengasingkan diri selama tiga hari jika mereka tidak menunjukkan sebarang gejala selepas disahkan positif Covid-19.

.

Artikel Berkaitan: