Zuckerberg dakwa syarikatnya sedang cipta superkomputer

Ketua Meta, Mark Zuckerberg mengumumkan syarikatnya sedang mencipta superkomputer. - Foto Facebook
Ketua Meta, Mark Zuckerberg mengumumkan syarikatnya sedang mencipta superkomputer. - Foto Facebook
A
A
A

PARIS - Syarikat induk Facebook, Meta pada Isnin mengumumkan bahawa ia sedang menghasilkan salah sebuah superkomputer paling berkuasa di dunia untuk meningkatkan kapasitinya bagi memproses data.

Gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) itu berkata, superkomputer itu boleh memproses imej dan video sehingga 20 kali lebih pantas daripada sistem semasa syarikat berkenaan.

"Pengalaman yang kami bina untuk metaverse (dunia alam maya) memerlukan kuasa pengiraan yang besar (berjuta-juta operasi / saat!)," kata ketua Meta, Mark Zuckerberg di akaun Facebooknya seperti dilaporkan Facebook.

Metaverse merujuk kepada idea tentang internet Tiga Dimensi (3D) yang mana para penggunanya memakai set kepala realiti maya dan peralatan sensor untuk mencipta pengalaman yang mengasyikkan.

Syarikat itu membayangkan akan membangunkan peralatan Kecerdasan Buatan (AI) yang akan membolehkan para penggunanya bercakap dalam beberapa bahasa yang berbeza tetapi boleh memahami satu sama lain dalam dunia nyata.

Meta berkata peralatan itu yang dikenali sebagai 'AI Research SuperCluster' (RSC) sudah pun berada dalam lima superkomputer terpantas dan akan menjadi mesin AI terpantas di dunia apabila dibina sepenuhnya dalam beberapa bulan akan datang. - Agensi

Artikel Berkaitan: