SKMM sekat laman web lucah

 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melaksanakan inisiatif pemerkasaan komuniti bagi mewujudkan daya tahan tinggi terhadap risiko internet dan media baharu.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melaksanakan inisiatif pemerkasaan komuniti bagi mewujudkan daya tahan tinggi terhadap risiko internet dan media baharu.
A
A
A

SHAH ALAM – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melaksanakan inisiatif pemerkasaan komuniti bagi mewujudkan daya tahan tinggi terhadap risiko internet dan media baharu.

SKMM memaklumkan, inisiatif tersebut termasuk melaksanakan kerjasama dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan kesedaran orang ramai tentang penggunaan perisian yang mampu menyekat laman web lucah daripada membanjiri media sosial.

“Selain itu, kerjasama dan koordinasi telah sedia terjalin antara pihak SKMM dengan pihak penyedia platform media sosial seperti Facebook dan Instagram yang mana kandungan berunsur lucah sememangnya menjadi kesalahan berdasarkan piawaian komuniti di platform laman sosial terlibat.

“Mana-mana kandungan lucah yang dilaporkan akan dipadamkan menurut piawaian komuniti ditetapkan pihak mereka,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Sejak minggu lalu, pengguna Facebook mendakwa akaun mereka digodam dengan pautan laman web lucah.

Pautan tersebut di‘tag’ oleh pemilik akaun tidak dikenali yang meminta rakan mangsa menekan pautan berkenaan.

Ada juga yang mendakwa aplikasi Messenger digodam dengan menghantar pautan laman web yang mencurigakan kepada puluhan rakan mangsa.

Dalam pada itu, SKMM telah melaksanakan tindakan sekatan terhadap 6,661 laman web lucah sejak 2016 hingga Disember 2021.

Artikel Berkaitan:

Sekatan laman web itu dilaksanakan berdasarkan aduan yang diterima mengikut kesalahan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).