X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

[VIDEO] Polis cari dua lelaki bantu siasatan kes tetak dua beranak

Gambar hiasan
A
A

SEREMBAN - Polis sedang mengesan dua individu bagi membantu siasatan berhubung kes tetak dua beranak menggunakan parang di Taman Jimah Jaya Site C, Chuah, Port Dickson dekat sini pada 16 Januari lepas.

Ketua Polis Daerah Port Dickson Superitendan Aidi Sham Mohamed berkata individu berkenaan ialah V Vithyathran, 32, yang beralamat di Taman Springhill, Rantau dan B Selvam, 21, dari Taman Jaya Lukut, Port Dickson.

Beliau berkata polis telah menahan enam lelaki dalam lingkungan 17 hingga 25 tahun antara pukul 4.40 pagi 16 Jan hingga 9.30 malam 18 Januari lepas di sekitar Lukut dan Port Dickson yang disyaki turut terlibat dengan kes itu dan merampas dua motosikal dan sebilah parang yang disyaki digunakan untuk mencederakan mangsa.

"Semakan rekod lampau dapati lima daripada mereka mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah manakala hasil ujian saringan air kencing mendapati seorang positif ganja dan ketika kejadian mereka berada dalam keadaan pengaruh alkohol.

"Kesemua mereka telah direman selama lapan hari sehingga semalam. Arahan pertuduhan juga dikeluarkan terhadap dua daripada mereka dan seorang masih bebas manakala empat yang lain dijadikan sebagai saksi pendakwaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Aidi Sham berkata kes disiasat di bawah Seksyen 326 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.43 pagi pada 16 Januari lepas, seorang lelaki berusia 46 tahun dan anak lelakinya, 16, dilaporkan cedera parah di bahagian badan dan tangan akibat diserang sekumpulan lelaki bermotosikal.

Aidi Sham berkata mereka juga merosakkan kenderaan milik keluarga mangsa dengan memecahkan cermin kereta dan tingkap sebelum melarikan diri. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!