X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 20 Mei 2022

Solat hajat, bacaan Yasin untuk kesihatan Tun M

Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menyertai lebih 50 jemaah menunaikan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat bagi mendoakan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Masjid Muhammadi Angkasapuri.
A
A

KUALA LUMPUR- Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa menyertai lebih 50 jemaah menunaikan solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat bagi mendoakan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Masjid Muhammadi Angkasapuri di sini, malam ini.

Turut menyertai majlis anjuran Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) itu Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Mohammad Mentek, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Mohd Sukari Ab Hamid, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia Prof Dr Md Nasir Ibrahim serta pengurusan tertinggi dan kakitangan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Majlis yang dipimpin imam satu masjid berkenaan Ustaz Mohd Fadhli Md Desa, dimulakan dengan solat maghrib berjemaah diikuti solat hajat, bacaan Yasin dan doa selamat serta solat Isyak.

Solat berkenaan diadakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara termasuk penjarakan fizikal serta pemakaian pelitup muka ketika solat.

Semalam, anak Ahli Parlimen Langkawi itu Datin Paduka Marina memaklumkan keadaan bapanya yang kini dirawat di Institut Jantung Negara (IJN), stabil dan memberi respons yang baik kepada rawatan lanjutan prosedur elektif yang dijalankan 8 Jan lepas.

Dr Mahathir sebelum ini dibenarkan keluar dari IJN pada 13 Januari selepas dimasukkan ke pusat perubatan itu pada 7 Jan bagi menjalani prosedur perubatan elektif berkenaan yang dikendalikan sepasukan doktor daripada institut itu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!