Pokok tumbang, bumbung terbang susulan hujan lebat di Gombak

Bumbung terbang di Blok A Flat Taman Melati.
Bumbung terbang di Blok A Flat Taman Melati.
A
A
A

GOMBAK - Tular di media sosial beberapa gambar kejadian pokok tumbang dan bumbung terbang sekitar Gombak susulan hujan lebat pada petang Isnin.

Sekurang-kurangnya tiga pokok tumbang menutup jalan di Batu 8, Sungai Pusu dan bumbung terbang dilaporkan berlaku di Blok A Flat Taman Melati dalam kejadian hujan lebat bermula jam 3 petang itu.

Selain itu papan iklan berhampiran bulatan Taman Sri Gombak turut tumbang selain kereta penduduk rosak dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Kampung Kerdas 3.

Kereta rosak dihempak pokok tumpang di Kampung Kerdas 3.
Kereta rosak dihempak pokok tumpang di Kampung Kerdas 3.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang menerima lima laporan berkaitan pokok tumbang sekitar Gombak antara jam 3 petang hingga 5.30 petang.

"Tiga kes melibatkan pokok tumbang di Taman Sri Gombak, Jalan Sungai Pusu dan Kampung Sungai Chinchin telah diselesaikan.

Artikel Berkaitan:

"Dua lagi lokasi membabitkan Kampung Changkat serta Taman Sunway sedang dalam operasi mengalihkan pokok tumbang," katanya.