X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Syarikat penganjur mohon tunda LTdL ke Jun: KBS

Gambar Hiasan
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengesahkan penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL) 2022, Human Voyage Sdn Bhd telah menghantar permohonan rasmi agar perlumbaan itu ditunda ke 18 hingga 26 Jun depan.

Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Mohd Azhari Mohammad berkata, syarikat berkenaan telah mengemukakan tiga justifikasi untuk menangguh perlumbaan berstatus Pro Series itu, yang sepatutnya berlangsung pada 3 hingga 10 Mac.

Ia berikutan peningkatan kes Covid-19 yang mendadak dan membimbangkan, melibatkan penularan varian Omicron di seluruh dunia serta keperluan untuk menjalani kuarantin wajib terutamanya bagi individu dari negara disenaraikan berisiko Omicron oleh Kementerian Kesihatan.

Mohd Azhari berkata, syarikat itu turut memberi alasan keperluan penstrukturan semula strategi pemasaran dan pengkomersialan, termasuk melibatkan hak siaran agar tidak bertindih dengan kejohanan di Eropah.

"Bagi memastikan cadangan dikemukakan syarikat dibincangkan secara teliti dan komprehensif, KBS sudah menjadualkan Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana LTdL 2022 pada 27 Jan, yang turut melibatkan PKBM (Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia) selaku badan induk kebangsaan serta Human Voyage.

"Mesyuarat ini bertujuan untuk bersama-sama berbincang dan mencari titik persefahaman dengan mengambil kira kepentingan kejohanan dan penilaian risiko kesihatan awam,” katanya menerusi kenyataan dikeluarkan KBS pada Isnin.

Beliau turut menekankan bahawa penganjuran LTdL 2022 adalah komitmen KBS selaras dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai destinasi acara sukan antarabangsa dan pada masa yang sama memberi keutamaan kepada kepentingan kesihatan awam.

Pada Ahad, PKBM meminta KBS mengambil tindakan drastik bagi menyelesaikan isu yang timbul berhubung penganjuran jelajah berkenaan, selain mendakwa syarikat berkenaan cuba menukar tarikh perlumbaan tanpa pengetahuan badan induk itu. - Bernama


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!