Lebih 25.5 juta penduduk Arab Saudi divaksin

Lebih 55 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyatnya. - Foto AFP
Lebih 55 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyatnya. - Foto AFP
A
A
A

RIYADH- Lebih 25.5 juta penduduk Arab Saudi telah mendapat suntikan vaksin terhadap Covid-19 setakat ini.

Jurucakap rasmi Kementerian Kesihatan, Dr. Mohammed Al-Abdulaali berkata, lebih 55 juta dos vaksin telah diberikan kepada rakyatnya, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).

Abdulaali juga berkata semasa sidang media hari ini bahawa dunia masih menyaksikan peningkatan kes harian Covid-19 dan perlumbaan untuk menyediakan vaksin. - Bernama

Artikel Berkaitan: