Sila log masuk terlebih dahulu.

'Daftar atau tidak GRS, tidak datangkan kesan' - Bung Moktar

Bung Moktar (kanan) selepas mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-Teknikal) di Menara Kinabalu pada Isnin.
Bung Moktar (kanan) selepas mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-Teknikal) di Menara Kinabalu pada Isnin.
A
A
A

KOTA KINABALU - Pendaftaran Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak akan mendatangkan sebarang kesan kepada kerajaan sedia ada.

Bagaimanapun, Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, perkara itu perlu dibincangkan bersama pemimpin GRS untuk mengetahui bagaimana penyelarasannya.

"Saya melihat GRS ini sama ada didaftar atau tidak, dia tidak mendatangkan apa-apa impak kepada mana-mana pihak sebab GRS ini cuma platform sebuah kerajaan, diwujudkan GRS kerajaan negeri Sabah di bawah GRS.

"Jadi perkara ini akan dibincang dengan pemimpin-pemimpin GRS, apa intipatinya dan bagaimana penyelarasan apabila didaftarkan nanti," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS-Teknikal) di Menara Kinabalu, di sini, pada Isnin.

Beliau dalam pada itu berkata, mesyuarat untuk berbincang mengenai perkara itu belum diadakan lagi setakat ini.

"Kita belum ada mesyuarat. Saya dengar dulu apa cadangannya," katanya.

Sebelum ini, terdapat beberapa pihak di dalam GRS mencadangkan supaya GRS didaftarkan sebagai sebuah gabungan parti politik yang rasmi sebagai usaha untuk memperkasa ahli parti komponen dan hala tuju gabungan itu.

Artikel Berkaitan: