Ahli Parlimen Kangar minta maaf kepada Najib

Noor Amin menerusi hantaran di Facebooknya meminta maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak susulan dakwaan dibuat terhadap bekas Perdana Menteri itu mengucapkan 'Selamat jalan?' kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
Noor Amin menerusi hantaran di Facebooknya meminta maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak susulan dakwaan dibuat terhadap bekas Perdana Menteri itu mengucapkan 'Selamat jalan?' kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.
A
A
A

SHAH ALAM – Seorang ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) meminta maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak susulan dakwaan dibuat terhadap bekas Perdana Menteri itu mengucapkan ‘Selamat jalan?’ kepada Tun Dr Mahathir Mohamad yang kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN).

Ahli Parlimen Kangar, Noor Amin Ahmad berkata, beliau mengakui kekhilafan yang dilakukannya kerana didorong perasaan geram apabila komen seperti itu boleh dibuat terhadap individu sakit walaupun berbeza pandangan politik.

“Semalam DS (Datuk Seri) Najib Razak telah tinggalkan komen di FB (Facebook) saya untuk tunjukkan log aktiviti FB beliau yang dikongsikan oleh saya daripada sumber asal yang diambil daripada 'twit' pembantu Tun M tidak benar.

“Saya ada meninggalkan komen membayangkan status tersebut ditulis oleh cytro (cybertrooper) yang menjaga akaun FB beliau kerana mustahil beliau sendiri akan tulis begitu.

“Setelah dibuktikan status tersebut tidak benar, saya akui kesilapan saya berkongsi cuplikan layar tersebut dan menurunkan cuplikan layar tersebut daripada perhatian umum,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Isnin.

Najib sebelum ini dilapor mempertikai keengganan seorang ahli Parlimen PH untuk memohon maaf kepadanya susulan hantaran ‘Selamat jalan?’ yang tular pada Sabtu.

Katanya, ahli Parlimen itu juga tidak mengaku telah memfitnah beliau dengan tangkap layar berkenaan.

Dalam pada itu, Noor Amin turut memaklumkan bahawa beliau akan mendapatkan nasihat undang-undang terhadap pihak yang menggunakan gambar Facebooknya dan mereka-reka tulisan bukan daripadanya.

Artikel Berkaitan:

“Saya juga akan dapatkan nasihat undang-undang untuk mereka yang gunakan gambar FB saya untuk reka tulisan yang bukan daripada saya,” ujarnya.