Anwar dakwa tindakan SPRM bermotif dendam

Anwar Ibrahim
Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa bahawa tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kakitangan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh mempunyai motif dendam.

Ujar beliau, siasatan SPRM yang melibatkan pegawai Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Sungai Buloh, Naveen K Rasiah serta bekas pegawai, Nico Kam itu dijalankan tatkala kes-kes lain melibatkan pemimpin besar tidak dipedulikan.

“Malah saya melihat ada juga pemimpin lain yang mempamerkan kekayaan melampau tapi tidak pula disiasat atau diambil tindakan.

“Saya ingin menggesa SPRM untuk memberi fokus kepada kes-kes besar yang masih belum ada penyelesaian setakat ini,” katanya dalam siaran di Facebook rasminya pada Isnin.

Pada Sabtu, Ahli Parlimen Sungai Buloh, R Sivarasa memaklumkan bahawa Naveen yang juga merupakan anak saudaranya telah dipanggil ke pejabat SPRM pada 21 Januari lalu dan akan didakwa atas kesalahan berkaitan peristiwa yang berlaku pada 2017.

Sivarasa berkata, dalam siasatan kes tersebut pada 2017, tiga orang pegawai pusat khidmatnya termasuk Naveen telah dipanggil atas dakwaan kesalahan cubaan meminta wang daripada seorang ahli perniagaan, Monomiah Siddikur sebagai balasan untuk menggugurkan isu rasuah membabitkan warga Bangladesh itu.

Artikel Berkaitan: