Town Hall LBS Bina Group pacu pertumbuhan syarikat

Pengerusi Eksekutif LBS Bina Group Berhad, Tan Sri Lim Hock San, membentang dan mengulas prestasi syarikat bagi tahun 2021 dan berkongsi pandangan serta jangkaan bagi tahun 2022.
Pengerusi Eksekutif LBS Bina Group Berhad, Tan Sri Lim Hock San, membentang dan mengulas prestasi syarikat bagi tahun 2021 dan berkongsi pandangan serta jangkaan bagi tahun 2022.
A
A
A

KUALA LUMPUR - LBS Bina Group Berhad (LBS) mengambil pendekatan dengan menerapkan pengamalan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di mesyuarat ‘town hall’ tahunannya yang berlangsung selama dua hari secara atas talian.

Pengerusi Eksekutif LBS, Tan Sri Lim Hock San, berkata, objektif penganjuran mesyuarat ‘Town Hall’ kali ini menyediakan platform bagi pengurusan dan kakitangan untuk menjalin silaturahim selain dari mengiktiraf usaha keras sepanjang 2021 dan pembentangan strategi yang bakal memacu pertumbuhan syarikat ke hadapan.

‘‘Norma baharu dengan kemunculan lebih banyak varian dan lebih banyak vaksin diberikan untuk memerangi virus, justeru kita harus sentiasa berjaga-jaga dan mengambil langkah-langkah yang wajar agar sejarah tidak berulang.

“Penganjuran ‘Town Hall’ pada hari ini bukanlah suatu kebetulan, kerana ia juga merupakan usaha dan komitmen yang diambil oleh semua yang hadir. Untuk tahun 2022, saya yakin LBS akan menetapkan penanda aras baharu dan menawarkan rangkaian produk dan perkhidmatan yang lebih luas kepada pasaran.’’katanya.

Sesi Mesyuarat ‘Townhall’ turut diselang-selikan dengan aktiviti interaktif dan hadiah-hadiah untuk mengeratkan silaturahim di kalangan kakitangan.
Sesi Mesyuarat ‘Townhall’ turut diselang-selikan dengan aktiviti interaktif dan hadiah-hadiah untuk mengeratkan silaturahim di kalangan kakitangan.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Datuk Wira Joey Lim diikuti dengan pembentangan semakan prestasi syarikat 2021 oleh Tan Sri Lim Hock San.

Selaras dengan matlamat syarikat untuk mengaplikasikan pendigitalan di dalam operasinya, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif LBS, Lucas Lim, memberikan taklimat terperinci mengenai inisiatif Pelan Hala Tuju Transformasi Digital syarikat dan rancangan pendigitalan masa hadapan.

Artikel Berkaitan:

Sifat utama LBS, yang diperkenalkan oleh Pengarah Eksekutif, Datuk Cynthia Lim iaitu tindakan pantas dan saling bergantung, telah memberi impak positif kepada organisasi sejak ia diperkenalkan pada tahun 2021.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif LBS Bina Group Berhad, Datuk Wira Joey Lim, memulakan Mesyuarat ‘Town Hall’ dengan ucapan alu-aluan.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif LBS Bina Group Berhad, Datuk Wira Joey Lim, memulakan Mesyuarat ‘Town Hall’ dengan ucapan alu-aluan.

Dengan memperkenalkan inisiatif ‘Heroes of Change’ di mana ejen masing-masing yang diwakili oleh pekerja dari semua jabatan akan memainkan peranan sebagai ejen yang membawa perubahan positif dan disepadukan secara aktif ke dalam budaya kerja LBS.

Mesyuarat ‘Town Hall’ kekal dilihat sebagai platform yang relevan untuk berkongsi perancangan dan prestasi syarikat di antara pengurusan dan kakitangan. Seramai hampir 955 kakitangan hadir secara fizikal dan virtual termasuk barisan Ahli Lembaga Pengarah dan anak-anak syarikat dari MGB, M3 Mall, Hotel Scapes dan Zhuhai International Circuit Limited (ZIC).