Terbuka Australia: Collins bangkit singkir Mertens

Danielle Collins
Danielle Collins
A
A
A

PEMAIN Amerika Syarikat, Danielle Collins kembali pentas ke suku akhir Terbuka Australia selepas menang 4-6, 6-4, 6-4 ke atas pemain pilihan ke-19 kejohanan, Elise Mertens dalam perlawanan yang berlangsung hampir tiga jam di Rod Laver Arena.

Kemenangan itu menyaksikan Collins menyertai dua lagi pemain Amerika Amerika di peringkat lapan terbaik di Melbourne Park.

Jessica Pegula dan Madison Keys, antara pemain Amerika Syarikat yang berada di suku akhir akan beraksi pada Selasa, sekali gus menyaksikan tahun kedua berturut-turut tiga pemain negara Uncle Sam beraksi di pentas itu.

Untuk rekod, ini merupakan kali pertama Collins bangkit daripada ketinggalan satu set untuk memenangi perlawanan berturut-turut di kejuaraan Grand Slam tersebut.

Pemain Amerika Syarikat berusia 28 tahun itu juga sebelum ini melepaskan set pertama semasa kemenangan pusingan ketiganya ke atas Clara Tauson.

Pencapaian terbaik Collins yang juga pemain pilihan ke-27 itu di kejuaraan utama adalah pada separuh akhir edisi Terbuka Australia 2019.

"Sejujurnya hari ini merupakan hari yang benar-benar sukar secara fizikal untuk saya.

"Saya bermain perlawanan yang panjang pada hari lain, dua jam setengah dan kemudian saya bermain beregu. Jadi saya menghabiskan kira-kira lima jam di gelanggang.

Artikel Berkaitan:

"Saya terpaksa membuat banyak pelarasan teknikal untuk menjadikan diri saya selesa bergerak, terutamanya ketika melakukan servis," kata Collins.