Kon Yeow diarah kuarantin kendiri

Chow Kon Yeow
Chow Kon Yeow
A
A
A

GEORGETOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow kini menjalani kuarantin kendiri selepas menjadi kontak rapat kepada individu positif Covid-19 ketika menghadiri satu majlis Sabtu lalu.

Pejabat Ketua Menteri melalui satu kenyataan memaklumkan, Kon Yeow menjalani kuarantin selama lima hari bermula Ahad selepas diarahkan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP).

Bagaimanapun, kata kenyataan itu, dua ujian Rapid Test Kit Antigen (RTK-Antigen) yang dijalankan Kon Yeow didapati negatif.

"JKNPP turut mengarahkan beliau menjalani ujian Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) pada hari ketiga daripada tempoh berkaitan iaitu Selasa (25 Januari).

"Kuarantin kendiri itu turut dikenakan kepada beberapa individu berkaitan yang turut dikenal pasti sebagai kontak rapat," menurut kenyataan itu pada Isnin.

Tambah kenyataan berkenaan, JKNPP kini giat menjalankan pengesanan kontak bagi mengelak penularan jangkitan.

Mereka yang berkaitan akan dihubungi JKNPP dari masa ke masa untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: