Tengku Hassanal lawat ayahanda di IJN

Rombongan yang membawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah memasuki perkarangan IJN kira - kira jam 12.28 tengah hari tadi pada Isnin.
Rombongan yang membawa Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al Sultan Abdullah memasuki perkarangan IJN kira - kira jam 12.28 tengah hari tadi pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dilihat memasuki pekarangan Institut Jantung Negara (IJN) di sini, kira-kira jam 12.28 tengah hari tadi.

Difahamkan, Tengku Hassanal melawat Seri Paduka Baginda, Yang di-Pertuan Agong yang menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan susulan di Wad Diraja IJN bermula semalam.

Rawatan selama beberapa hari itu adalah susulan daripada rawatan intervensi pada sendi lutut dan buku lali baginda di IJN pada September 2020.

Selain rawatan susulan itu, Al-Sultan Abdullah pada masa sama turut menjalani pemeriksaan respiratori di IJN.

Pada 24 September 2020, Seri Paduka Baginda menjalani rawatan intervensi berkenaan setelah pengimejan MRI menunjukkan kecederaan pada sendi lutut dan buku lali baginda ketika bersukan.

Rawatan susulan itu tertangguh dari tarikh tersebut ekoran daripada pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 di hospital awam, termasuk IJN.

Bagaimanapun, Istana Negara memaklumkan kesihatan Yang di-Pertuan Agong secara amnya berada dalam keadaan baik.

Baginda dijadualkan berangkat pulang ke Istana Negara dalam masa terdekat selepas selesai menjalani rawatan susulan berkenaan.

Artikel Berkaitan: