Jurujual Proton maut kemalangan

Mohd Rozimi maut dalam kemalangan di Kilometer 34 Jalan Kota Bharu- Kuala Terengganu, Pasir Puteh pada Ahad.
Mohd Rozimi maut dalam kemalangan di Kilometer 34 Jalan Kota Bharu- Kuala Terengganu, Pasir Puteh pada Ahad.
A
A
A

PASIR PUTEH - Seorang jurujual Proton maut selepas kereta jenis Proton Preve yang dinaiki bersama rakan bertembung dengan sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 34 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu di sini pada Ahad.

Dalam kejadian jam 7.45 malam itu, Mohd Rozimi Daud, 40 dari Kampung Buloh Poh, Ketereh, maut di lokasi manakala rakannya, Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, 45, berasal dari Kampung Paloh cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal berkata, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kota Bharu.

"Ketika tiba di lokasi, sebuah lori dari arah bertentangan gagal dikawal pemandunya lalu masuk ke laluan kenderaan mangsa sebelum bertembung," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Isnin.

Beliau berkata, pelanggaran tersebut menyebabkan pemandu lori berusia 33 tahun mengalami kecederaan pada hidung.

Ediansha memberitahu, bagaimanapun kelindan lori berusia 21 tahun itu tidak mengalami kecederaan dan es disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: