Wanita maut digilis lori

Kemalangan membabitkan sebuah lori dan motosikal di Tapah pada Isnin menyebabkan seorang lelaki maut di tempat kejadian.
Kemalangan membabitkan sebuah lori dan motosikal di Tapah pada Isnin menyebabkan seorang lelaki maut di tempat kejadian.
A
A
A

TAPAH - Seorang wanita maut selepas digilis lori dalam nahas membabitkan dua kenderaan di Kilometer 57, Jalan Ipoh - Kuala Lumpur di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.50 pagi itu, mangsa, M Sarasa, 50, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menunggang motosikal Honda Wave dalam perjalanan menuju ke Ipoh.

"Setibanya di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan dan terbabas sebelum terjatuh di atas jalan.

"Sebuah lori yang dipandu lelaki berusia 67 tahun dari arah sama tiba-tiba menggilis mangsa. Mangsa yang parah maut di tempat kejadian," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya, mayat kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: